Jumaat, 17 Mei 2019

PENGALAMAN KERJA KFC

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KORANG!!!


HAHAHAHAHA Ini merupakan catatan pertama aku. Disebabkan rasa geram, marah dan kecewa yang menebal dalam diri ini maka aku pun tulis la... Sebab apa geram? Marah? Dan kecewa? Haa kejap lagi aku bagitau korang... Apa yang aku nak kongsi kepada korang ialah pengalaman aku kerja KFC di suatu lokasi yang dikenali sebagai Bandar M... yang duduk Pahang confirm tahu lokasi M ni lokasi mana kan? HAHAHA... Malas aku nak tulis penuh- penuh karang tak pasal- pasal MANAGER KFC bandar M ni saman aku pulak. HAHAHA... Aku kerja KFC Bandar M ni takde la lama... dalam sebulan je... Kenapa aku kerja? OK sebenarnya tujuan aku kerja ialah nak cari duit untuk sambung belajar... lepas STPM aku membuat keputusan untuk mencari kerja bagi menampung kehidupan aku bila kat U nanti... Walaupun aku rasa duit yang aku kumpul nanti takde la banyak mana tapi lepas lah untuk bayar yuran pengajian nanti... KOT HEHEHHE... Dan aku taknak menyusahkan mak dan bapak aku. Siapa yang cakap jadi anak perempuan senang nanti semua benda mak bapak tanggung... KAU ubah lah fikiran kau tu... Anak orang kaya boleh lah mak bapak tanggung... untuk anak orang sederhana macam aku no way.... Panjang pulak aku membebel takpe la.... OK mari teruskan anak-anak.....


First thing yang korang kena tahu kalau nak kerja KFC ni ialah.....

1. Kalau nak mintak kerja... datang lah kat kedai KFC tu sendiri... tanya pekerja dia kat situ ada kerja kosong tak... kalau ada nanti korang akan diberi borang... korang isi lah borang tu dengan penuh jujur dan ikhlas.... kalau ada interview korang datang lah.. untuk pengetahuan korang masa interview mulut manager memang manis mengalahkan gula pasir.. Manis yang tahap potong kaki gituuuu... Lepas je kau dah kerja kau tahu lah macam mana kehidupan kau... MUAHAHHAHAHAHA *GELAK JAHAT*

2. Once dah dapat kerja manager dia akan call suruh ambik baju... So korang datang lah ambik baju. Fyi, waktu interview tu ada tanya size baju tapi manager ni bagi size yang berganda- ganda besar... Aku tak tahu lah manager KFC yang lain macam mana...Aku sedapkan hati aku... Takpe la, boleh tutup aurat... Hakikatnya hmm..... Ok bila ambik baju tu manager tu akan bagitau sekali bila korang masuk kerja dan pukul berapa korang masuk...

3. Bila dah masuk kerja pulak... Manager akan tunjukkan cara- cara korang kena buat bila masuk kerja... Kena basuh tangan dulu pakai sanitizer blablabla... OK selalunya, kalau korang tak pernah kerja KFC sebelum ni korang akan ditempatkan di bahagian CSC. Aku pun waktu mula- mula kerja terfikir jugak apa benda CSC tu.... tugas CSC adalah sapu sampah, mop lantai, lap cermin, lap meja.. angkat sisa-sisa makanan orang... basuh pinggan...buang sampah, refill sos, kena make sure tandas bersih dan roll paper kena pastikan cukup... Nampak macam mudah dan senang je kan? Tapi bila shift korang kena time closing korang tahu lah hidup korang macam mana... Hakikatnya hmmm...

4. Korang akan diberikan suntikan TYHPOID... amenda tu? Apa yang aku tahu sesiapa yang kerja fastfood memang diberikan suntikan ini. Kalau korang pergi klinik korang akan diberikan suntikan ni. Kalau korang bawak surat dari KFC suntikan tu percuma... Kalau takde surat aku tak tahu lah berapa kena bayar... Haritu, aku suntik kat Klinik Rakyat dengan bawak surat KFC. KFC tanggung.

5. Korang kena ada akaun Maybank... Kalau takde korang kena bukak akaun... Again kalau ada surat KFC takde la sampai beratus- ratus korang kena bayar... Kalau ada surat KFC tu kurang sikit lah yang korang kena bayar...

6. Kerja ikut shift... Senang citer orang kawal lah... HMM... Nasib baik KFC tempat aku kerja tu tak open 24 hours... Kalau 24 hours aku taktau lah macam mana... Habis doh..... HAHAHA... Macam aku kerja aritu... 9 pagi sampai pukul 3 petang tapi kalau kawan kau datang lambat terpaksa lah kau kerja lebih masa... Kadang- kadang aku kerja pukul 3 petang-11.30 malam... Nama je 11.30 malam tapi balik lambat jugak.. Sebab apa? Sebab perangai buruk manager suruh kau buat kerja orang lain. Ye la.. kau kan budak baru yang budak lama sedap goyang kaki...

7. Yang paling penting kena punch card on time... Masuk kerja kena datang awal, nak rehat kena punch card... balik kena punch card... Kalau korang tak punch dengan betul atau korang main langgar je gaji korang mungkin akan terjejas... bahaya... Setiap tu kena punch card betul- betul.

8. Kalau korang nak berhenti pulak... Ceh belum apa- apa lagi fikir nak berhenti kan... Korang kena buat surat notis seminggu supaya untuk memudahkan manager uruskan jadual kerja korang... Kalau berhenti on the spot tak dapat gaji... Kalau nak merasa gaji juga kena lah bekerja sampai sebulan...


KEBURUKAN KERJA KFC... MUAHAHAHAHA *GELAK JAHAT*

1. Baju kena TUCK IN... Kalau lelaki kedengaran mungkin biasa tapi kalau perempuan memang tak la... sebab apa? Korang faham- faham lah sendiri... Tudung masuk dalam baju, baju masuk dalam seluar. Tudung hitam,seluar hitam dan kasut bertutup... Ini lah antara sebab- sebab aku  berhenti kerja KFC sebab baju elok dah besar manager tu bagi aku patu tetiba kena tuck in... Kononnya nak nampak kemas lah... KONON... Dia ingat aku ni hipster ke jenis pakai tudung tapi baju tuck in... HUHHHH

2. PERANGAI MANAGER... Kalau korang dapat manager yang elok budi pekerti nya memang beruntung lah korang... Alhamdulillah. Kalau yang jenis kuat mencarut, tak ambil tahu pasal pekerja, tahu nak marah2 jer... Memang nahas ler. Macam bekas manager aku... MUAHAHA... Especially, manager pompuan lah. Manager pompuan memang angin penuh satu badan. Tak tahu bila angin tu keluar... Manager pompuan jenis cerewet, kuat marah orang... Tapi kalau dengan pekerja lelaki elok pulak ye... Dah hilang angin- angin dalam badan tu... Tapi kalau manager lelaki dia lebih cool. Lebih rileks. Atau senang cerita kerja pun culas- culas lah.

3. KERJA LEBIH MASA... Yang ni korang memang takkan boleh lari la... Lagi- lagi kalau jenis kawan kau yang suka datang lambat terpaksa lah kau overtime sikit... Senang citer kerja KFC ni "GAJI CIPUT KERJA BANYAK"

4. NAK SOLAT SUSAH. Kalau korang mintak untuk solat memang takkan dapat. Kecuali lah kalau manager kau baik. Dah aku tak nak ulas panjang- panjang. 

5. MASA REHAT YANG SANGAT SINGKAT. Serious kau takkan rasa macam kau dah rehat. Sebab kau kerja berjam- jam tapi rehat setengah jam je...

6. GAJI TAK BERBALOI DENGAN KERJA. Kerja bagai nak mati tapi gaji kecik anak je. Kau rasa?



OK LAH ITU SAHAJA YANG DAPAT AKU TULIS KAT SINI. SERIOUSLY AKU SEBENARNYA PENAT MENAIP.... SO TU JE LAH YANG DAPAT AKU CERITA PENGALAMAN AKU KERJA KFC... KEPADA SESIAPA YANG NAK APPLY KERJA KFC KORANG FIKIR LAH MASAK- MASAK. KALAU DAH FIKIR. KORANG FIKIR LAH LAGI SEKALI.... SAMPAI KORANG BUAT KEPUTUSAN KORANG TAKNAK KERJA KFC... KERJA KFC MEMANG MEMENATKAN. AKU TAK TAHU KERJA FASTFOOD LAIN TU MACAM MANA. TAPI BAGI AKU KERJA KFC MEMANG TAK BERBALOI. SO ITU SAHAJA UNTUK KALI NI. BYEBYE....😘😘😘😘😘